CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 27 March 2013

Bab 7 : Falsafah Melayu dalam Karya Agung


Falsafah Melayu dalam karya agung




Secara umumnya Karya Agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

Sulalat al-Saltin : Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu.  Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang)  Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

Hikayat Hang Tuah : Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.



Tuhfat Al-Nafis : menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19.  Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.





Bustan Al-Katibin : Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung iaitu Raja Ali Haji. Karya agung Bustan Al-Salatin merupakan satu-satunya kitab yang menceritakan mengenai sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci. Kitab ini di tulis mengikut arahan Sultan Iskandar Thani yang merupakan pemerintah Acheh yang mahukan sebuah kitab yang dapat mendaulatkan diri baginda sebagai pemerintah yang berdaulat. Apabila menulis atas perintah raja, hasil penulisannya memenuhi keperluan pemerintah demi menjaga martabat dan seterusnya memaparkan aspek-aspek positif terhadap pemerintah. Kitab ini sama ada secara langsung atau tidak langsung turut mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani sebagai pemerintah Acheh.