MIGRASI MANUSIA DARI SUNGAI MEKONG KE DUNIA MELAYU
Sungai Mekong, yang berukuran 4180km
panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar,
Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi
masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun
dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong
dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat
berbeza.
YUNNAN
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun
dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada
tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan
menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka
ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
TEORI MIGRASI YUNNAN
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara
bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
*
Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan
dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.
DELTA MEKONG
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.
TEKS MELAYU TERTUA
Teks silam Melayu yang dijumpai di
Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan
2006. Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di
Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal
bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah
Yunnan, China.
HUBUNGAN MELAYU – CHAM
Persamaan
Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti
Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu
dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400.
Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam,
lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk
Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien
mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka
yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke
Kelantan.
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah
satu persamaan dengan perkara para wanita Melayu.
PENDATANG-PENDATANG HINDU AWAL
Kedatangan
pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa ratus
tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina,
bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan,
pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini
mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang
bertahan selama 1400 tahun. Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai
kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di
dalam penulisan Tun Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja
Pasaidan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian.
Pada
masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua
bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana
kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan
Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma,
Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China
seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.
Pengaruh serta
kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan bahasa serta
penulisan mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang
bermaksud‘Tanah-Tanah Emas’.
Semakin ramai manusia
tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat
persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke
pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur
Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea
Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar
sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa
sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.
Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau.
Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di
segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini
kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik
pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di
kawasan sekitar Asia Tenggara.
Maka sememangnyalah
tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy,
seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat
berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau
melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta
dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.
Ini juga menunjukkan
bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama memerhatikan keadaan di sekitar
Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya
sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa
pendapat mengatakan bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan
dari kalangan penduduk Iskandariah atau Alexandria yang
mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander
The Great.
Masyarakat
mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang
sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula
diterjemahkan. Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki
Benua Eropah bagi meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka
manusia yang berusia lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada
bukti penempatan tetap atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada
era Neolitik.
Pakar-pakar
Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut
Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat
Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke
lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara
berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju.
Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Ada
teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia
dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia
dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu
bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup
dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila
mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar
‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan
‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar
Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia,
Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar
tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang
Melayu.
Era
Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman
batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana
dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di
kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang
Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan
Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah
dari kalangan mereka.
Pada
waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja
oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’,
muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya
di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan
sebagainya.
Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair
dan membanjiri hampir separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara.
Manusia seperti yang kita ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih
Salam pada ketika itu banyak tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan
Afrika.
Mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais
mula cair. Ada di antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini,
memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus
sehingga China dan Mongolia. Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah
Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke
tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih
untuk menetap terus di sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir
sekali meneruskan perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari
mereka ini kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.
TAMADUN AWAL 40 000 - 2000 TAHUN DAHULU DI TANAH MELAYU
Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik. Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama. Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.
Sumber : Telah terbit Disember 23, 2006 Pembukaan Tanah Melayu, Sejarah Awal Manusia
http://sejarahmelayu.wordpress.com/
0 comments:
Post a Comment