Falsafah Melayu
dalam karya agung
Secara umumnya Karya Agung Melayu ialah karya yang melambangkan
keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala
dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran
moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang
tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman
dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak
sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.
Sulalat al-Saltin : Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri
Lanang) Episod-episod yang dipaparkan
dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu
serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan
kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
Hikayat Hang Tuah : Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736
ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang
cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang
mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu
hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.
Tuhfat Al-Nafis : menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah
kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar
peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad
ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat
Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung
Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera
Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.
Bustan Al-Katibin : Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling
awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan
Melayu yang ulung iaitu Raja Ali Haji. Karya agung Bustan Al-Salatin merupakan satu-satunya kitab yang menceritakan
mengenai sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci. Kitab ini di
tulis mengikut arahan Sultan Iskandar Thani yang merupakan pemerintah Acheh
yang mahukan sebuah kitab yang dapat mendaulatkan diri baginda sebagai
pemerintah yang berdaulat. Apabila menulis atas perintah raja, hasil
penulisannya memenuhi keperluan pemerintah demi menjaga martabat dan seterusnya
memaparkan aspek-aspek positif terhadap pemerintah. Kitab ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung turut mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani
sebagai pemerintah Acheh.
0 comments:
Post a Comment