IDEALISME BERSUMBERKAN
ALAM
Idealisme
terbahagi kepada beberapa aliran iaitu romantisme, simbolisme, ekspresionisme,
mistisme, dan surealisme. Namun, yang menyentuh mengenai sumber alam hanyalah
aliran idealisme bagi simbolisme iaitu aliran kesusasteraan yang menyajikan
tokoh-tokoh bukan manusia tetapi binatang dan tumbuh-tumbuhan yang disimbolkan
sebagai perilaku manusia. Binatang-binatang atau tumbuh-tumbuhan diperlakukan sebagai manusia
yang dapat bertindak, berbicara, berkomunikasi, berfikir, berpendapat sebagaimana halnya manusia.
Kehadiran karya sastera yang beraliran simbolisme ini biasanya
ditentukan oleh situasi yang tidak mendukung pencerita atau pengarang yang
berbicara. Pada masyarakat lama, misalnya di
mana kebebasan berbicara dibatasi oleh aturan etika moral yang mengikat
kebersamaan dalam kelompok masyarakat, pandangan dan pendapat mereka disalurkan
melalui bentuk-bentuk peribahasa atau sindiran.
Jika kita melihat, mengkaji, dan
menghayati karya-karya yang dihasilkan oleh nenek moyang kita suatu ketika
dahulu, kita pasti akan menemui banyak perumpaan-perumpaan yang dihasilkan
pasti menggunakan sumber-sumber alam. Misalnya, perumpaan, pantun, simpulan
bahasa, dan sebagainya. Mereka menggunakan sumber-sumber semulajadi ini kerana
perkara tersebut sangat dekat dengan mereka. Pantun misalnya banyak digunakan
untuk memberi nasihat, pengajaran, dan sindiran kepada masyarakat dalam
kehidupan seharian. Kita boleh melihat bagaimana pengarang-pengarang Melayu
pada zaman dahulu menggunakan sumber-sumber alam ini untuk menyampaikan sesuatu.
Keadaan ini cukup jelas dilihat dalam himpunan pantun-pantun Melayu yang
terdapat dalam ‘Bingkisan Permata’.
0 comments:
Post a Comment