CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 16 May 2013

KONSEP KEINDAHAN


Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh tetapi akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang terselindung disebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.

Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan. Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapai oleh akal manusia biasa.

Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya satera dan karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan. (Aminudin Mansor, 2012). 

0 comments:

Post a Comment