CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 18 May 2013

BENTUK BINAAN AYAT


Dalam struktur tatabahasa, ayat terletak pada kedudukan yang paling tinggi. Struktur tatabahasa ini dimulakan dengan perkataan, diikuti dengan frasa, klausa, dan seterusnya ayat. Keadaan ini bermaksud, ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa, dan perkataan. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dengan kesenyapan dan dikahiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan : 2008).

 a) Struktur ayat yang panjang dan berbelit-belit
Struktur ayat yang digunakan adalah panjang dan berbelit-belit. Penggunaan ayat yang panjang sehingga terdiri daripada berpuluh-puluh perkataan dalam satu ayat agak sukar untuk difahami. Selain itu, struktur binaan ayatnya yang agak tunggang-terbalik dan banyak ayat disongsangkan memerlukan pengamatan yang lebih oleh pembaca untuk memahami sesebuah teks. Walhal, jika kita memahami teks tersebut, kita dapat merasakan bahawa perkara yang ingin disampaikan pengarang adalah perkara yang terlalu mudah sebenarnya.

b) Kerap menggunakan penanda wacana
Selain itu, struktur ayat dalam sesebuah teks turut memaparkan banyak penanda wacana berbentuk klasik. Komponen ini berfungsi untuk menunjukkan peranan bahasa dalam melahirkan pengalaman dan fikiran. Dalam hikayat misalnya, pengarang dilihat banyak menggunakan penanda wacana untuk menghubungkan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Boleh dikatakan hampir setiap ayat dalam satu perenggan yang sama ada menggunakan penanda wacana seperti syahdan, maka, hal yang sedemikian itu maka dan sebagainya.

c) Kaedah Penghilangan
Kaedah penghilangan ini turut dikenali sebagai elipsis. Kaedah ini berlaku bagi tujuan menjaga unsur-unsur yang membentuk jalinan ayat dan maksudnya. Keadaan ini bermaksud, unsur yang dianggap hilang diperoleh semula melalui konteks kebahasaan atau bukan kebahasaan.

d) Penggunaan Kata Hubung di Hadapan Ayat
 Pengarang dilihat seringkali menggunakan kata hubung di hadapan ayat. Keadaan ini merupakan satu fenomena biasa pada pengarang-pengarang zaman dahulu kerana mereka sangat mementingkan keindahan dan seni kesusasteraan dalam penulisan mereka. Mereka kebiasaannya akan memulakan ayat dengan menggunakan penanda wacana atau kata hubung seperti dan, maka dan sebagainya.

e) Banyak Menggunakan Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih (Abdul Hamid Mahmood, 2006: 181). Pengarang dilihat cenderung untuk menggunakan ayat majmuk. Keadaan ini disebabkan oleh struktur binaan ayatnya yang panjang dan berbelit-belit. 



Binaan Ayat

Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada tiga jenis iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk.  Ayat majmuk terbahagi kepada tiga pecahan iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk keterangan, dan ayat majmuk campuran.

a) Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih yang digabungkan menjadi satu. Ayat ini menggunakan kata hubung seperti ‘dan’, ‘atau’, ‘serta’, ‘lalu’, ‘sambil’, dan ‘tetapi’. 



b) Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbentuk daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, dan ayat majmuk pancangan keterangan. 


 i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang dipancang ke dalam ayat induk dengan memakai pancangan relatif 'yang'.

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan terbina daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau beberapa ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dalam predikat. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan jenis iaitu ayat keterangan sebab, ayat keterangan cara, ayat keterangan akibat, ayat keterangan waktu, ayat keterangan harapan, ayat keterangan perbandingan, ayat keterangan syarat, ayat keterangan pertentangan, dan ayat keterangan tujuan. 


i) Ayat Keterangan Sebab
Ayat keterangan sebab ialah unsur atau sebahagian ayat yang menerangkan sebab-musabab berlakuknya sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya menggunakan kata hubung ‘sebab’, ‘kerana’, ‘oleh sebab’, dan ‘lantaran’. 


ii Ayat Keterangan Waktu
Ayat keterangan waktu merupakan unsur atau ayat yang menerangkan masa atau waktu sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘tatkala’, ‘ketika’, ‘sewaktu’, ‘semasa’, ‘sejak’, ‘semenjak’, ‘setelah’, dan ‘sementara’.

iii) Ayat Keterangan Cara
Ayat keterangan cara ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan gaya atau kaedah atau cara sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Ayat ini menggunakan kata hubung ‘dengan’. 

iv) Ayat Keterangan Pertentangan
Ayat keterangan pertentangan ialah unsur atau ayat yang sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan atau bertentangan. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘walaupun’, ‘sungguhpun’, ‘meskipun’, ‘namun’, dan ‘sedangkan’.

v) Ayat Keterangan Akibat
Ayat keterangan akibat ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan kesan atau hasil perbuatan atau akibat daripada sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung ‘hingga’ dan ‘sehingga’. 

vi) Ayat Keterangan Perbandingan
Ayat keterangan perbandingan ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan perbuatan atau kejadian yang menunjukkan persamaan. Ayat ini kebiasaannya menggunakan kata hubung ‘seperti’, ‘macam’, ‘seakan-akan’, ‘bagai’, dan ‘bak’. 

d) Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu tema ayat iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau berbagai-bagai jenis ayat majmuk. 







1 comments:

radouvsekabby said...

T-Bone Earrings - T-Bone Earrings
T-Bone titanium fitness Earrings · mokume gane titanium T-Bone Earrings · titanium solvent trap T-Bone Earrings · T-Bone Earrings · T-Bone Earrings · T-Bone Earrings · T-Bone Earrings titanium max · T-Bone titanium wedding ring Earrings

Post a Comment