Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis melalui karya agung. Melalui karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja, negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai.
DIAN YANG BELUM PADAM
6 years ago
0 comments:
Post a Comment