1.0 Pengenalan
Melayu (ملايو) merujuk kepada
mereka yang bertutur bahasa Melayu (بهاس
ملايو) dan mengamalkan
adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah
anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di
sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum
atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.
Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan
berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud
"bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan
bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di
Jambi.
2.0 Etimologi
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada
tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand,
Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan
Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang
berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan
semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa
atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu
setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga
abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin
digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk
kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama
pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis,
yang menggunakan istilah"maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap
istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang
merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya,
Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana,
sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha
sehingga 500 Masihi. Dvipabermaksud "tanah yang dikelilingi air"
dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji
beranggapan bahawa Malaya dvipaialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam
buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi
semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan
"Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi
di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah
Palembang.
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar.
Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam
Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia,
Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia
moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus
kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan
selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai
orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun
demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada
seseorang itu orang Melayu, Iaitu:
3.0 Penakrifan undang-undang dan penakrifan antropologi
3.1 Penakrifan undang-undang
Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan
dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
Seorang yang beragama Islam
Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di
Persekutuan atau di Singapura.
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan
politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat
di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar
Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok
manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya
sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku
kaum yang berlainan.
3.2 Penakrifan antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di
negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo
matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta
berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang
mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam
bangsaMongoloid.
Asal usul bangsa MelayuAsal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar
ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan
perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara
amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang
Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang
mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di
bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R
Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara
keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui
di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di
daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja.
Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran
Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum.
Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan
"nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan
Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan
Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah
huraiannya.
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan
Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan
arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan
orang Semangyang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut
keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan
yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu
diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju
daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu
lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek
dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu
Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang
perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka
merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,
K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah
disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi
pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang
lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi
berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan
bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang
berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo
Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa
menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno
tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan
yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
0 comments:
Post a Comment