CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 20 May 2013

PENGARUH BAHASA ASING


Kata Pinjaman Sanskrit

Menurut Asmah Haji Omar (1991:139), kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit juga dibahagikan kepada dua jenis, tetapi pembahagiannya itu berdasarkan darjat asimilasinya. Dan darjat asimilasi ditentukan berdasarkan ciri fonologi. Unsur-unsur daripada bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa mereka sebagai satu-satu kata atau istilah dan bukan sebagai bahasa sepenuhnya. Dengan menggunakan ukuran fonologi ini, kita dapat melihat kata-kata yang manakan yang betul-betul sebati dengan bahasa Melayu, dan yang mana belum. Antara kata-kata tersebut ialah  karena, manusya, binyasa, syaksyi, syiksya, pandita, daruhaka, buddi, sattaru.

Gejala yang serupa dapat kita lihat dalam bahasa Melayu sekarang ini dalam menghadapi kata pinjaman. Contoh yang jelas ialah adanya paham dan faham, pikir dan fikir, dan seterusnya. Dalam contoh-contoh ini, paham dan pikir sudah memperlihatkan asimilasi sepenuhnya, sedangkan faham dan fikir belum. Kata pandita belum mengalami asimilasi sepenuhnya dari segi fonologi dalam abad keenam belas. Maknanya sebagai  “orang yang arif dalam agama” dipertahankan. Kata pendeta dalam  bahasa Melayu sekarang sudah memperlihatkan perubahan makna kepada “orang yang pandai dalam ilmu sastera atau bahasa”.

            Sebahagian besar daripada kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit merupakan kata yang sudah mengalami asimilasi ke dalam bahasa Melayu. Bahkan kebanyakan daripada kata-kata tersebut tidak lagi dirasakan sebagai kata pinjaman. Sebagai contoh, diturunkan kata-kata yang seperti kata, mula raja, negeri, acara, antara, bangsa, bahagia, rupa, dosa, pahala,    bahawa, utama, pertama.

Kata Pinjaman Arab

Menurut Asmah Haji Omar (1991:138), kata pinjaman daripada bahasa Arab merupakan kumpulan yang terbesar daripada kata-kata yang dibawa dari luar alam melayu. Kata pinjaman daripada bahasa Arab itu boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama ialah kata yang sudah menjadi kebiasaan dalam penggunaan bahasa Melayu, sedangkan yang kedua terdiri daripada kata-kata yang kurang biasa bagi pengguna bahasa Melayu. Ringkasnya, kata-kata jenis kedua ini merupakan kata-kata keagamaan yang sungguh-sungguh “teknikal”. Kata jenis yang pertama terdiri daripada kata sehari-hari serta juga kata-kata yang merupakan istilah dalam agama Islam. Bagaimanapun, istilah keagamaan dalam kategori ini merupakan istilah yang dikenal rata-rata oleh orang Melayu Islam kerana berhadapan dengannya setiap hari. Istilah-istilah itu adalah antara lain seperti nabi, wali, zakat, syarat, tawhid, salih, rukun, halal, haram, khabar, ya ‘ni, hakikat.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, terdapat banyak kata daripada bahasa Arab yang tidak berubah dari segi fonologinya, walaupun sudah menjadi kata sehari-hari bagi orang Melayu.  Tegasnya  bunyi sy, gh, z dan yang seperti itu tetap dipertahankan dalam kata-kata tersebut.

Kata pinjaman Arab jenis kedua terdiri daripada kata-kata yang kurang biasa dalam penggunaan bahasa Melayu sehari-hari. Kata-kata tersebut betul-betul merupakan istilah pada peringkat yang lebih tinggi daripada jenis pertama tadi. Contoh kata-kata tersebut ialah thabit, mutawatir, jawhar, dharuri, tawajjuh, istidlali, mashaf, jamad, khilafat.


0 comments:

Post a Comment