FALSAFAH
BERSUMBERKAN MELAYU
Manusia dan alam merupakan dua unsur
yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Alam memperlihatkan nilai
saintifiknya yang tersendiri yang dapat menjadi cerminan dan panduan dalam
kehidupan manusia. Kebanyakan falsafah berperanan mengungkap nilai pemikiran
dan kebudayaan sesebuah bangsa dan tamadun . Dalam tamadun Barat, Ralph Waldo
Emerson yang terkenal dengan nilai kecintaan tinggi terhadap alam
memperlihatkan kepentingan unsur alam dalam menambah ilmu pengetahuan manusia.
Sebagai contoh, teromba yang telah lahir sejak zaman dahulu telah pun
membicarakan pelbagai persoalan yang berkait rapat dengan orang Melayu. Keadaan
ini dapat dilihat seperti dalam contoh teromba di bawah:
Hendak seribu daya
Tak hendak seribu bicara
Biar berputih tulang
Jangan berputih mata
Bulat tak datang
menggolek
Pipih tak datang
melayang
Kalau tak pecahkan
ruyung
Di manakah dapat sagunya
(Kia Wahab,
Kampung Peraku, Negeri Sembilan)
Berdasarkan contoh di atas, kita dapat
melihat bagaimana sebuah teromba yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu itu
cuba menegur masyarakat tentang sikap malas yang perlu dikikis kerana tidak
menghasilkan sebarang keuntungan. Sebaliknya, seseorang itu perlu rajin dan
bijak dalam memikirkan cara yang sesuai untuk mencari rezeki. Sesungguhnya
rezeki tidak akan datang dengan sendirinya jika tidak dicari.
Keutuhan
falsafah Melayu yang tersembunyi dalam teromba tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas. Lapisan makna yang terdapat dalam sesebuah teromba merupakan
satu pandangan terhadap masa kemudian. Teromba yang dihasilkan menggunakan
kiasan dan perbandingan terhadap alam dalam meyampaikan fikirannya. Atas dasar
keupayaan akal manusia untuk berfikir lanjut, teromba berselindung di sebalik
bahasa-bahasa figuratif yang menjelma secara semulajadi melalui fikiran
mengarang untuk dihayati dan direnung oleh setiap inci masyarakat. Sekiranya
masyarakat menghayati dan memanfaatkan idea dan falsafah yang terdapat dalam
teromba, maka satu kehidupan masyarakat yang saling mengamalkan nilai-nilai
murni mampu untuk direalisasikan.
Sekata tak berdalih
Janji dibuat dimuliakan
Buruk jangan dicari
Musuh sama dihadang
Berlunak sama berlumpur
Bak kerbau sekandang
Tanduk sama diasah
Bak burung sesangkar
Mengepai sekirai
Bak ayam sereban
Kecil besar sama
sedayung
Sakit sayu semua berduka
Bak labu nan menjalar
Pucuk sama digetus
Wakaf sama dipetik
Ada sama mendapat
Cicir sama dicari
Untung laba sama dirasa
Berdasarkan contoh
teromba di atas, kita dapat melihat bagaimana teromba yang cukup terkenal dalam
kalangan masyarakat Melayu cuba menzahirkan semangat perpaduan, keselesaan, dan
jalinan kasih sayang antara masyarakat. Sama seperti puisi-puisi Melayu yang lain
seperti pantun dan syair, kesemuanya cuba memperlihatkan falsafah Melayu yang
tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkan.
0 comments:
Post a Comment