CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 20 May 2013

BAB 5 IDEALISME DAN FALSAFAH


BAB 5 – IDEALISME DAN FALSAFAH

Pengenalan
1.0  Definisi Falsafah
Falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain (Kamus Dewan edisi keempat, 2010: 406). Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada bahasa Yunani philosophia, iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya hikmat (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 1).

1.1Kepentingan Falsafah
Falsafah mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antaranya ialah seperti di bawah:

1.1.1 Menjadi Panduan dan Landasan dalam Membuat Keputusan
Dalam membuat sesuatu keputusan, seseorang itu perlulah mempunyai pendirian berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan falsafah seseorang.

1.1.2 Mempunyai Kefahaman yang Mendalam dan Sistematik
Falsafah membantu seseorang memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Seseorang yang ingin menceburi sesuatu bidang perlu menguasai bidang yang ingin diceburinya sedalam-dalamnya bagi membolehkan mereka berfikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan, dan kehidupan manusia.

1.1.3 Stabil dan Bersifat Tetap
Falsafah adalah sebagai panduan buat seseorang. Seorang guru misalnya harus bersifat tekal terhadap apa-apa yang berlaku dalam atau di luar bilik darjah. Jika guru kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, keadaan ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.

2.0  Idealisme
Idealisme adalah sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal, sifat (sikap, cita-cita dan sebagainya) menghasratkan yang unggul (yang sempurna) (Kamus Dewan edisi keempat, 2010: 558). Idealisme adalah aliran yang menilai tinggi angan-angan (idea) dan cita-cita (ideal) sebagai hasil perasaan daripada dunia nyata. Aliran ini pada awalnya dikemukakan oleh Socrates (469-399 SM) yang dilanjutkan oleh muridnya yang bernama Plato (427-347 SM.). Idealisme mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan idealisme ialah idealisme berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenal pasti sesuatu kebenaran. Logik adalah alat untuk menentukan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan pada satu-satu situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil, dan sukar berubah. Walaupun begitu, idealisme tetap mempunyai kelemahan. Keadaan ini disebabkan oleh, anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa masih tidak mendapat persetujuan serentak daripada manusia tentang beberapa perkara. Logik adalah kunci asas idealisme tetapi tidak semuanya boleh digunakan kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.


0 comments:

Post a Comment