Ilmu
Pengasih Secara Umum
Ilmu pengasih secara umumnya ialah salah
satu cara yang digunakan untuk menambat hati seseorang yang kita suka
terutamanya kepada golongan wanita. Namun demikian, ilmu ini boleh digunakan
oleh golongan lelaki mahupun perempuan asalkan kena pada caranya. Jadi, dengan
beberapa tatacara tertentu, ilmu pengasih ini dibuat untuk menambahkan rasa
sayang terhadap pengamal dan dituju.
Contoh-Contoh
Ilmu Pengasih yang Ada.
Dalam dunia ni, bermacam macam ilmu
pengasih yang ada. Walaupun hidup di zaman moden, namun kecanggihan ilmu
pengasih ini masih diamalkan namun penggunaannya tidaklah sehebat seperti zaman
dahulu. Hal ini disebabkan oleh masyarakat kini mulai sedar akan hakikat
menggunakan ilmu pengasih ini yang dianggap khurafat di sisi agama. Antara
contoh ilmu pengasih ini ialah ilmu pengasih tepuk bantal, ilmu pengasih asap
rokok dan minyak dagu.
Ilmu
Pengasih dan Caranya Berfungsi
Terdapat dua cara bagaimana ilmu
pengasih ni berfungsi iaitu, antara menampilkan kewibawaan diri si pelaku
ataupun mengaburi mata si mangsa. Kebiasaannya, teknik untuk mengaburi mata si
mangsa akan menggunaan pengantara seperti jin untuk menghias mata yang dituju itu
supaya nampak cantik.
Cara kedua ilmu
pengasih ini bertindak adalah dengan meanmpilkan kewibawaan si pelaku. Dalam
diri si pelaku, akan ada satu sudut yang sangat cantik, lawa dan menarik. Ayat
pengasih jenis ini akan menunjukkan atau menonjolkan sudut yang menarik itu
kepada mangsa.
0 comments:
Post a Comment