CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 22 May 2013

ADAT TEMENGGUNG


ADAT TEMENGGUNG

Adat Temenggung merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera

 Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal. Disebabkan oleh Adat Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah.

Adat Temenggung, sistem sosiobudaya peribumi tentang pemilikan, pewarisan, dan kepimpinan yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan sistem dwisisi. Istilah lain yang membawa pengertian yang sama ialah adat kampung, adat Melayu, adat mukim, dan adat ketua. Datuk Temenggung atau Datuk Ketumanggungan yang telah berselisih faham dengan abangnya Datuk Perpatih Nan Sebatang, lalu membawa diri dari kampung asalnya yang terletak di kawasan pedalaman ke kawasan pesisir. Di situ, Datuk Temenggung telah menubuhkan sebuah petempatan sendiri dan memperkenalkan sistem undang-undang baharu yang kemudiannya dikenali sebagai adat temenggung. Penemuan sejarah dan data empirikal menunjukkan bahawa adat perpatih dan adat temenggung sebenarnya ialah dua sistem undang-undang yang berlainan tetapi mempunyai asal-usul yang sama. Asal-usul kedua-duanya di Tanah Minangkabau di Sumatera mengatakan bahawa kedua-duanya berasaskan sistem kekerabatan nasab ibu, tetapi sistem Datuk Perpatih menekankan prinsip kesamarataan kedudukan antara pemimpin masyarakat sebaliknya peraturan Datuk Temenggung mementingkan kedudukan tinggi rendah (hierarki) dalam masyarakat.

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka.

Ciri-ciri

a. Lebih mementingkan lelaki

Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah.

b. Undang-undang bersifat kekerasan

Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hokum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.

c. Mempunyai unsur autokratik

Adat Temenggung mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.

0 comments:

Post a Comment