Adat perpatih merupakan adat yang berasaskan kepada sistem
kekeluargaan yang dibentuk melalui unit-unit perut dan suku. Setiap anggota
keluarga masyarakat adat perpatih
mempunyai ikatan perhubungan erat antara satu sama selain mementingkatan
kehidupan yang bermuafakat. . (http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_05007.pdf)
. Hal ini demikian kerana adat perpatih merupakan segala peraturan hidup yang
berlandaskan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong dan berdemokrasi,
merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuklah undang-undang
pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta pusaka, penyusunan
prinsip-prinsip nikah kahwin dan sebagainya.
Kumpulan undang-undang adat perpatih dapat dibahagikan
kepada dua seperti berikut:
i.
Undang-undang atau
peraturan yang digunakan di negeri Sembilan, Melaka dan perak
ii.
Undang-undang
yang terdapat di sumatera khususnya dari tanah minangkabau.
Adat perpatih dikatakan berasal dari minangkabau, sebuah
negeri yang letaknya bersebelahan barat pulau sumatera, Indonesia. Hal ini
dapat dibuktikan melalui pantun di bawah:
Aku hilir ke inderagiri,
Semalam di padang panjang,
Di mana ada mula berdiri,
Di periangan, padang panjang.
Sistem hidup bersuku merupakan asas kepada adat perpatih.
Sistem bersuku sebenarnya merupakan suatu system perhubungan kepada pertalian
kelompok social, ekonomi dan politik bagi sesebuah masyarakat. Kewujudan system
bersuku ini secara umumnya berperanan sebagai pengatur kelakuan social, budaya
dan politik anggota masyarakatnya. (http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_05007.pdf
). Terdapat 12 suku-suku dalam adat perpatih, iaitu suku biduanda (dondo), batu
hampar (tompar), paya kumbuh (payo kumboh) mungkal, tiga nenek, seri melenggang
(somolenggang), seri lemak (solomak), batu belang, tanah datar, anak acheh,
anak Melaka dan tiga batu. Hal ini dinyatakan dalam sebuah gurindam:
Raja beralam
Penghulu berluak
Lembanga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua belas!
0 comments:
Post a Comment