CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 19 May 2013

ILMU FIRASAT


ILMU FIRASAT

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Ilmu Firasat Melayu

Dalam dunia Melayu, pelbagai ilmu firasat yang cuba diketengahkan oleh masyarakat dahulu. Contohnya, jika burung hantu berbunyi, itu tandanya ada kematian pada waktu yang terdekat. Masyarakat Melayu menjadikan perkara-perkara sebegini sebagai satu sandaran ataupun petanda dalam hidup mereka. Tambahan pula, kebanyakan petanda-petanda ini sering menjadi kenyataan. Keadaan inilah yang menjadikan kepercayaan mereka terhadap ilmu firasat ini menjadi semakin kuat walaupun adakalanya itu hanyalah satu kebetulan.

Ilmu Firasat Imam Syafie

AI-Malik terpaksa bersetuju dengan permintaan Imam Syafie.Dia juga memberi sedikit wang kepada Imam Syafie untuk keperluannya. Kemudian Imam Syafie menjelajah ke seluruh negeri Yaman. Dia sempat berguru dengan beberapa orang ulama yang terkenal di Yaman seperti Mattaf bin Mazin aI-Sana'ani, Amru bin Musallamah dan Hisham bin Yusof, Kadi Sana'i.
Namun, Imam Syafie masih berasa belum berpuas hati kerana kebanyakan ilmu yang dipelajari dengan ulama-ulama Yaman sudah pernah dipelajarinya sebelum itu. Oleh itu Imam Syafie berusaha meluaskan lagi ilmunya dengan mempelajari ilmu kedoktoran dan ilmu hisab. 
“Mahukah kamu mempelajari ilmu firasat?” tanya Maulana Arif yang mahir dalam ilmu firasat.
"BoIeh juga sekiranya tidak bercanggah dengan agama Islam"kata Imam Syafie
"Percayalah, kamu tidak rugi apabiIa mempelajarinya.” Akhirnya Maulana Arif berjaya memujuk Imam Syafie.
Selepas tamat mempelajari ilmu firasat, Imam Syafie memohon daripada gurunya untuk pulang ke Sana'a. Gurunya berpesan supaya berhati·hati apabila berkawan dengan orang yang cacat sebelah matanya, orang yang tempang ataupun terdapat apa-apa kecacatan pada tubuhnya.
"Sekiranya berkawan dengan orang seperti itu pasti menyusahkan serta menyukarkan kamu,” pesan gurunya.
Semasa dalam perjalanan pulang, Imam Syafie singgah di sebuah perkampungan lalu bertemu seorang lelaki yang kedua-dua matanya berwarna rnerah dan juling. Dahinya agak terbonjol.
“Lelaki ini tentu buruk perangainya seperti yang dipesan oleh guru,” bisik hati Imam Svafie.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lelaki itu tidaklah sama seperti yang digambarkan.




2 comments:

Unknown said...

Ada sambugannya...dia mempelawa imam syafie tidur di rumahnya beri mkn minum keesokan hari bila imam syafie ingin meneruskan musafir dia tanya itu sajakah? Dia meminta 50dirham dr imam syafie...maka imam syafie membenarkan ilmu firasat yg di pelajari...wallahialam

cheap & economical shop said...

Org itu seorang yg kedekut right?

Post a Comment