1.0 Pengenalan
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul
penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu
sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik
Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan
penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu
kuno.Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada
kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di
China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
2.0 Asal Usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun
terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata
sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai
asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori
Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara).
Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu
berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara
sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat
ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Berdasarkan teori ini.dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.
Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500
tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang
pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami
daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.
Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti
orang-orangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil
yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini
merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
(i) Orang Negrito
Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai
berasal daripada golongan Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini
sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada
orang Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal
berkulit gelap,berambut kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir
penuh,serta saiz badan yang pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung
Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera
Menurut pendapat asmah haji omar sebelum perpindahan penduduk dari asia
berlaku,kepuluan melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian di
namai sebagai penduduk asli,ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang
tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito.orang
Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ).mereka
tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang.Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini di sebut sebagai zaman Batu
pertengahan.Di kedah sebagai contoh,pada tahun 5000 SM,iaitu pada zaman
paleolit dan mesolit,telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang
Negerito,Sakai,Semai dan sebagainya
(ii) Melayu Proto
Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa
orang melayu ini berasal dari Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama)
diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai
Melayu-Proto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang
Negrito. Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat
barang pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman
mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(iii) Melayu Deutro
Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.perpindahan penduduk yang kedua
dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500
SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju
daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka
telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam,mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
kepulauan melayu ini.
Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan
perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka
yang berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup
secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal
tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung
berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani dan
memburu binatang.orang melayu deutro ini telah pandai bermasyarakat,mereka
biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan
sekaligus ketua agama,Agama yang mereka anuti itu ialah animisme.
Keturunannya orang Melayu di MalaysiaDikatakan lebih bijak dan dan mahir
daripada Melayu Proto.Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk
tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan
lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai
Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca
daripada bahasa Austronesia ini
Teori Nusantara
Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah
1) Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi
Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara
2) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya
Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ” ambilan ”
3) Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian
4) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera
Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang
merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu.
Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura,
Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.
Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling penting dalam
bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an.
Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua.
Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka menyebut diri mereka keturunan
Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan
yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja
Minangkabau terakhir. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan
sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berjalannya waktu
definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.
Definisi Melayu menjadi berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah
orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam
mulai dianut didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan
terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad
ke-18, William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari,
penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam
artian ketaatannya terhadap agama Islam.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya asal usul bangsa melayu ada tiga kumpulan iaitu orang
Negrito,Melayu Proto dan Melayu Deutro, manakala terdapat dua teori iaitu
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan) dan Bangsa Melayu Berasal
daripada Nusantara (Teori Nusantara)
Artikel
dipetik dari:
0 comments:
Post a Comment