CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 18 May 2013

FRASA DAN KLAUSA


Frasa

Frasa secara umumnya merupakan  kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Manakala menurut ahli bahasa tradisional pula frasa merupakan rangkai kata satu atau lebih perkataan yang di gabungkan. Manakala menurut ahli bahasa moden pula, frasa merupakan rangkai kata satu atau lebih perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan. Lazimnya, dalam ayat frasa berfungsi sebagai unsur pengisi kepada subjek, predikat, objek dan keterangan.

Antara ciri-ciri frasa ialah, frasa boleh diperluaskan iaitu dengan menambah perkataan lain. Selain itu frasa juga boleh disisipkan dengan unsur lain misalnya menambah perkataan, perkataan lain di tengah-tengah frasa. Malah, frasa juga merupakan konstituen yang longgar kerana boleh digugurkan mengikut konteks ayat. Bahkan frasa juga bersifat produktif kerana frasa boleh diperkembangkan lagi dengan frasa yang lain. Di samping itu, bentuk frasa juga lazimnya dalam bentuk yang umum dan mempunyai kebolehgantian yang tinggi dengan frasa yang lain. Sungguhpun demikian, frasa merupakan bukan leksikal ataupun bukan perkataan. Frasa terdiri daripada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. 

Frasa kerja merupakan binaan yang boleh berdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya   kata kerja. Lazimnya, kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. 

            Frasa Adjektif merupakan susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat. Secara umumnya frasa Adjektif terdiri daripada sembilan jenis iaitu, Frasa Adjektif Sifatan Atau Keadaan, Frasa Adjektif Warna, Frasa Adjektif Ukuran, Frasa Adjektif Bentuk, Frasa Adjektif Waktu, Frasa Adjektif Jarak, Frasa Adjektif Cara, Frasa Adjektif Perasaan, dan Frasa Adjektif Pancaindera.


Frasa sendi nama merupakan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi tersebut. Lazimnya frasa sendi nama terletak di hadapan frasa nama.  Sungguhpun demikian frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu.  Antara frasa sendi nama yang lazimnya terdapat dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga,oleh dengan, sampai, tentang dan sebagainya.


KLAUSA 

Klausa merupakan deretan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang terdiri daripada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Klausa bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan klausa lain. Manakala klausa tidak bebas merupakan klausa yang memerlukan klausa lain untuk melengkapkan struktur ayat. Lazimnya klausa tidak bebas hadir dalam ayat majmuk. 

0 comments:

Post a Comment