Hikayat Hang
Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang
zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama
semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700
(Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1]
Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan
empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu,
membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat
kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara(sama
dengan Perdana Menteri dalam
istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di
dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Semasa bertugas dengan istana Melaka,
Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang
telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan
pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena
pemiliknya yang asal.
Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan dayang Sultan, dan suatu keputusan
serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu.
Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah
dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa
Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurutHikayat Hang Tuah) atau Hang
Kasturi (menurut Sejarah
Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur
Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur
Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan
orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya,
si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun
oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh
Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.
Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah
selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang
seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan
perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi. (Sila
lihat rencana Puteri Gunung Ledang.)
Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia"
Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuknasionalisme Melayu.
Hang Tuah
Arca gangsa dengan pepatah, "Takkan Melayu
Hilang di Dunia" tertulis di atas. Dipamerkan di Muzium
Sejarah Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Hikayat Hang Tuah, suatu epik kepahlawanan
yang merentasi sepanjang zaman kewujudan
kerajaan Empayar Melaka.
0 comments:
Post a Comment