Daripada Nuruddin al-Raniri
Kedudukan Bustan al-Salatin sebagai sumber
ketatanegaraan raja-raja Melayu telah menjadi bahan kajian ramai sarjana. Teks
tersebut lahir dalam wawasan pengarang memberi panduan dan nasihat tentang adab
pemerintahan kepada raja-raja Aceh berteraskan kerangka keislaman. Pada tahap
yang lebih sakral, teks nukilan Nuruddin al-Raniri ini turut memancarkan cahaya
mutiara kesufian kepada raja-raja, suatu dimensi pemikiran yang selaras dengan
kebangunan Aceh sebagai Darussalam pada abad ke-17 yang lalu. Pengarang Bustan
al-Salatin dengan itu berkecenderungan untuk memberi panduan dan nasihat kepada
para pemerintah tentang aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan bermasyarakat
dan bernegara, bukan melalui doktrin, falsafah atau susun-atur ajaran Sufi,
sebaliknya tercerna dalam nada amalan kerohanian yang praktikal sifatnya.
Kupasan terhadap persoalan-persoalan di atas akan menjadi inti pati
tulisan ini sehingga akhirnya akan menjurus ke arah kemanfaatan segala
cahaya mutiara kesufian tersebut kepada para pemerintah kerajaan Melayu
keseluruhannya.
Nuruddin al-Raniri merupakan seorang
ulama, pengarang, ahli Sufi dan ahli sejarah yang berasal dari Rander, Gujarat,
India. Beliau tiba di Aceh sekitar tahun 1637 dan seterusnya berkhidmat di
bawah naungan Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Keilmuan Nuruddin al-Raniri
dapat dikesan melalui sejumlah kira-kira 30 buah kitab yang telah dihasilkannya
meliputi bidang fekah, sejarah dan perbincangan tentang persoalan tasawuf, sama
ada ditulis dalam bahasa Arab ataupun bahasa Melayu. Antara kitab yang utama
ialah Sirat al-Mustaqim (1634-1644), Durrat al-Fara'id bi Sharh al- `Aqa'id
(1635), Hidayat al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib (1635), Bustan al-Salatin (1638),
Asrar al-Insan fi Ma'rifat al-Ruh wa al-Rahman (1640-1644), Tibyan fi Ma'rifat
al-Adyan (1642-1644), Jawahir al-`Ulum ft Kasyf al-Ma'lum (1642-1644), Hujjat
al-Shiddiq li Daf'i al-Zindiq (1638-1641) dan Al-Fath al-Mubin `ala al-Mulhidin
(1657). Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana mendapati Nuruddin
al-Raniri adalah pengamal tarekat Rifa'iyya dan Qadiriyya.' Sementara itu,
kajian oleh A.H. 1 Rujuk Syed Muhammad Naguib (1966) dan Azyumardi Azra
(1992).26 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 13, 2005 Johns (1955: 70-77) pula
merumuskan, sebelum kedatangan Nuruddin al-Raniri ke Aceh, beliau telah kuat
terpengaruh dengan perjuangan Syeikh Ahmad Sirhindi (1563-1624) di India. Di
India ketika itu, telah berlaku polemik yang hebat terhadap fahamanWandat
al-Wujud yang ditentang keras oleh Syeikh Ahmad Sirhindi yang berpegang kepada
Wandat al-Shuhud. Polemik tersebut berterusan hingga zaman pemerintahan Shah
Jahan (1627-1658), yakni, dalam tempoh masa yang hampir sama dengan tarikh kedatangan
Nuruddin al-Raniri ke Aceh. Besar kemungkinan polemik kesufian dan keintelektualan
yang berlaku di India telah memberi pengaruh kepada tindakan keras Nuruddin
al-Raniri menentang ajaran Wujudiyyah pegangan Hamzah Fansuri dan Syamsuddin
al-Sumaterani semasa beliau berada di Aceh.2
Dalam tulisan ini, penulis tidak berhasrat
untuk membicarakan polemik pemikiran yang telah berlaku antara Nuruddin
al-Raniri dengan pegangan Wujudiyyah Hamzah Fansuri dan Syamsuddin
al-Sumaterani. Walau bagaimanapun, perlu disebut bahawa Nuruddin al-Raniri
merupakan ulama yang pertama kali menekankan peri pentingnya masyarakat
Aceh/Melayu bersikap dan berfikiran kritis terhadap amalan kerohanian, suatu
bentuk pemikiran yang baru dalam masyarakat Melayu masa itu. Malahan, kritikan
Nuruddin al-Raniri terhadap Wujudiyyah sudah pun disuarakan dalam karyanya yang
pertama, Sirat al-Mustakim, yakni, sebuah kitab khusus yang membicarakan persoalan
ilmu fikah.3 Nuruddin al-Raniri dipercayai telah pulang ke India pada tahun 1644
sewaktu perbahasan tentang Wujudiyyah semakin memuncak di Aceh ketika itu
.'Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas (1986: 12), Nuruddin al-Raniri
meninggal
dunia di India pada 22 Zulhijjah 1068 / 21 September 1658.
Tajuk lengkap Bustan al-Salatin
sebagaimana tercatat dalam manuskrip Raffles Malay 8 (halaman 4) ialah: 5
"Wa sammaituhu Bustan al-Salatin fi Dhikr al-Awwalin wa al-Akhirin. Dan
dinamai fakir kitab ini Bustan al-salatin, ertinya, kebun segala raja-raja, dan
menyatakan permulaan segala kejadian dan kesudahannya." Penulisan teks tersebut
adalah atas titah perintah Sultan Iskandar Thani dan merupakan hasil kompilasi Nuruddin
al-Raniri daripada beberapa sumber rujukan kitab-kitab Arab dan beberapa buah
teks Melayu seperti Taj al-Salatin, Hikayat Aceh, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan
Sejarah Melayu.6 Isi kandungan teks, khususnya berdasarkan manuskrip Raffles Malay
8, terdiri daripada tujuh bab dan terbahagi kepada enam puluh fasal seperti
berikut:
Keterangan lanjut tentang asal-usul
Nuruddin al-Raniri, sejarah kedatangannya ke Tanah Melayu dan peranannya di
Aceh,serta senarai lebih kurang tiga puluh buah kitab tulisannya dalam bahasa
Melayu dan Arab dapat dirujuk dalam Syed Muhammad Naguib al-Attas (1986:
25-28).Dalam Sirat al-Mustaqim, terdapat kritikan Nuruddin al-Raniri terhadap
pengikut Wujudiyyah yang dikatakannya sebagai mulhid dan melarang masyarakat
mengamalkannya (rujuk Sirat al-Mustaqim di bahagian sisi Sabil al-Muhtadin,
halaman 212).
Maklumat tentang perkara ini diperolehi
melalui kajian seorang sarjana Jepun bernama Ito (1978: 489-491) yang telah
menemui sebuah catatan diari seorang pegawai Belanda yang berada di Aceh ketika
itu bernama Peter Sourij. Di dalam diarinya, Peter Sourij mencatatkan akan
kehadiran seorang ulama baru yang berasal dari Minangkabau bernama
Saifulrijal,yang telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut Wujudiyyah dan
seterusnya melancarkan serangan balas terhadap hujah-hujah Nuruddin al-Raniri
dalam beberapa siri perdebatan di istana. Nuruddin al-Raniri akhirnya terpaksa
meninggalkan Aceh untuk pulang ke tanahaimya.
Manuskrip Raffles Malay 8 kini tersimpan di Royal
Asiatic Society, London.(Raffles Malay 8: halaman 3): "Dan kemudian dari
itu pada tujuh haribulan Syawal, maka dititahkanyang maha mulia fakir dengan
titah yang tiada dapat tiada menjunjung dia sultan mu'azzam yang hafan lagi murah,
yang pertama besar martabat izzatnya, iaitu Sultan Iskandar Thani Alauddin
Mughayat Syah Johan berdaulat zillullah fil alam..."
BUSTAN AL-SALATIN Mutiara Kesufian / 27
Bab I Pada menyatakan kejadian bumi tujuh petala dan tujuh petala
Bab II Pada menyatakan segala anbia dan raja-raja (13 fasal)
Bab III Pada menyatakan raja-raja yang adil, kadi, wazir, utusan dan katib
Bab IV : Pada menyatakan raja-raja yang pertapa dan segala anbia yang
Bab V : Pada menyatakan kelakuan raja yang zalim dan wazir yang aniaya
Bab VI • Pada menyatakan orang yang sakhi (pemurah) dan orang yang
Bab VII : Pada menyatakan akal dan ilmu, firasat, penyakit dan ilmu tabib,
sifat perempuan dan cerita-cerita ajaib (5 fasal).
Sebagai sebuah karya adab ketatanegaraan, isi kandungan Bustan al-Salatin
dipenuhi dengan pelbagai panduan dan nasihat tentang tatacara pentadbiran
negara,
menyamai karya-karya seperti Taj al-Salatin oleh Bukhari Jauhari atau pun
Nasihat al-
Muluk oleh Imam al-Ghazzali. Walau bagaimanapun, dalam memberi panduan dan
nasihat pemerintahan kepada raja-raja, Nuruddin al-Raniri tidak hanya
mementingkan
aspek-aspek kehidupan keduniaan, tetapi turut menekankan aspek kehidupan
kerohanian para pemerintah. Seorang raja tidak hanya dinasihati supaya
adil, bijaksana,
pemurah, gagah dan perkasa, tetapi juga harus memiliki kekuatan jiwa
kerohanian.
Dalam konteks ini, Bustan al-Salatin kaya dengan pelbagai panduan dan
nasihat
bernada kesufian yang tinggi nilainya, yang dapat diringkaskan dalam tiga
tema
perbincangan seperti berikut:
(i). daripada Bertakhta kepada Bertapa
Daripada tujuh bab yang membina Bustan al-Salatin, Bab IV agak tersendiri
sifatnya,
kerana khusus membicarakan hal yang berkaitan dengan cerita-cerita raja
yang bertapa,
yakni, melakukan riadah dalam amalan kerohanian. Bab ini terdiri daripada
dua
bahagian (fasal) meliputi kisah raja-raja yang bertapa dan peri kehidupan
anbia dan
aulia pada masa silam. Judul khusus bagi Bab IV tersebut adalah seperti
berikut (MS
Bab yang keempat pada [menyatakan] kelakuan segala raja-raja yang bertapa
dan
menyatakan kelakuan segala aulia Allah yang salih. Dalamnya dua fasal.
Fasal yang pertama pada menyatakan kelakuan segala raja-raja yang bertapa
yang
meninggalkan dunia pada zaman yang terdahulu kala kerana mengikut keredaan
Fasal yang kedua pada menyatakan kelakuan segala aulia Allah yang dahulu
kala.
7 Perbincangan tentang Bab IV Bustan al-Salatin dalam tulisan ini adalah merujuk
kepada salinan manuskrip UM 41 yang
kini tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
28 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 13, 2005
Daripada judul di atas, memperlihatkan penekanan Nuruddin al-Raniri agar
rajaraja
mengamalkan hidup bertapa, dalam erti kata membersihkan diri daripada cara
hidup keduniaan yang penuh kemewahan dan kekuasaan demi menurut jalan
keredaan
Ilahi. Seorang yang bertapa akan berusaha membersihkan jiwa dengan
amalan-amalan
kerohanian yang tertentu, berzikir dan bermujahadah nafsu, justeru akan
mendekatkan
diri ke arah kehidupan yang zahid. Perbuatan ini adalah amalan yang sebati
dengan cara
hidup para aulia dan orang salih yang banyak diceritakan dalam kitab-kitab
agama.
Pandangan Nuruddin al-Raniri disokong dengan petikan kata-kata orang salih
seperti
Kata Syeikh Zi al-Nun al-Misri radiallahu anhu, bahawa segala yang bertapa
dalam
dunia itu raja pada hari kiamat (Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman 578)
Kata Syeikh Abi Madain radiallahu anhu, yang raja itu dua bahagi, suatu
raja yang
mengimpunkan segala hati segala hamba Allah dan yang sebenar-benar raja itu
iaitu
segala raja yang bertapa dalam dunia. (Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman
578)
Nasihat Nuruddin al-Raniri kepada raja-raja agar mengamalkan hidup bertapa
kemudian diperhalusinya dengan 'memetik beberapa buah cerita yang berkaitan
dengan
kisah raja-raja yang bertapa pada masa silam. Dalam cerita-cerita tersebut,
banyak
dipaparkan bagaimana kisah raja yang mendapat hidayat kerohanian melalui
peristiwaperistiwa
yang mereka alami. Raja-raja tersebut akhirnya turun dari takhta dan
mengembara menjalani kehidupan selaku seorang fakir yang mencari kebenaran.
Berikut diperturunkan sebuah daripada cerita yang dimaksudkan:
Kata sahibul hikayat, sekali persetua, ada seorang raja pada zaman yang
dahulukala
menitahkan berbuat sebuah mahligai amat indah perbuatannya dan
perhiasannya.
Apabila sudahlah mahligai itu, maka raja pun menitahkan memanggil segala
isi
negeri berjamu mereka itu. Maka segala isi negeri itu pun datanglah ke
mahligai itu
makan minum bersuka-suka.
Syahadan raja pun menitahkan yang menunggu pintu, "Barangsiapa keluar
daripada
pintu mahligai ini, hendaklah kamu tanyai akan dia, adakah kamu melihat
suatu aib
pada mahligai ini atau tiada?" Maka segala mereka itu pun
masing-masing keluar.
Maka orang yang menunggu pintu itu pun menanyai tiap-tiap keluar seorang
daripada mereka itu. Maka sahut mereka itu, "Suatu pun tiada aib pada
mahligai ini."
Maka kesudahan mereka itu keluar beberapa orang memakai kain kasar. Maka
ditanyai orang yang menunggu pintu itu kepada mereka, "Adakah lihat
suatu aib
pada mahligai ini?" Maka sahut mereka itu, "Bahkan, ada dua aib
pada mahligai
ini." Maka demi orang menunggu pintu menengar kata mereka itu
demikian, maka
orang itu pun menahan mereka itu lalu dipersembahkan kepada raja, "Ya
tuanku
Syah Alam, adalah diperhamba beroleh beberapa orang yang mengatakan pada
BUSTAN AL-SALATIN Mutiara Kesufian / 29
Demi raja menengar sembah yang demikian itu, maka sabda raja, "Aku menghendakkan
suatu aib jua, sekarang kudengar dua aib pula." Lagi raja menitahkan
memanggil mereka itu. Maka datang mereka itu. Maka sabda raja akan
orang itu, "Apo dua aib yang kamu melihat pada mahligai ini?"
Maka sembah
mereka itu, "Ya tuanku Syah Alam, pertama-tama aib mahligai ini akan
binasa jua
adanya, kedua mati jua segala isinya."Maka sabda raja, "Adakah
kamu mengetahui mahligai yang tiada binasa dan yang tiada mati isinya?"
Maka sembah mereka itu, "Ya tuanku Syah Alam, ada mahligai yang tiada
binasa dan tiada mati isinya iaitu Syurga..." Demi didengar raja itu sembah
mereka itu, lalu ia masuk insaf pada hatinya serta taubat, lalu keluarlah ia daripada
mahligai serta meninggalkan kerajaannya. Maka berjalanlah ia kepada jalan
Allah.
(Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman 602-604).
Secara tersurat, petikan cerita di atas seolah-olah mendorong raja-raja
agar turun
takhta dan meninggalkan tanggungjawab pemerintahan demi mencari kemuliaan
hidup kerohanian. Walau bagaimanapun, membaca Bustan al-Salatin secara lebih
tuntas akan membawa kepada beberapa kemungkinan makna yang lain. Seandainya
diteliti keseluruhan isi kandungan teks tersebut, amat ketara sekali sanjungan
Nuruddin al-Raniri terhadap institusi raja-raja yang wujud di Aceh ketika itu.
Malahan sebahagian besar daripada isi kandungan Bustan al-Salatin adalah
membicarakan peraturan,panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada
raja-raja. Secara tersirat, kehadiran Bab IV yang bernada kesufian lebih
berbentuk "perbandingan" kepada raja-raja tentang kuasa dan takhta
pemerintahan yang sebenarnya tidak sebesar mana berbanding dengan kepentingan
bagi manusia mengamalkan ajaran agama dengan sebenar-benarnya. Kuasa dan
kedudukan sebagai raja tidaklah begitu utama seandainya dibandingkan dengan
tuntutan bagi manusia mencari kebenaran dan keredaan Allah SWT. Nuruddin
al-Raniri lebih bermatlamat menasihati raja-raja supaya menjadi pemerintah yang
salih agar mendapat kerahmatan Allah semasa hidup di dunia dan di alam akhirat
kelak. Penekanan terhadap hal ini terdapat dalam petikan cerita berikut:
Sekali persetua, pada suatu hari Iskandar
Zulkarnain tiada semayam pada percintaannya, dan tiada ia keluar dari istana.
Tatkala itu Jalinus Hakim pun masuk
mengadap, maka dilihatnya Sultan Iskandar Zulkarnain dalam percintaannya,
dan
sembahnya, "Ya tuanku Syah Alam, apa yang dipercintakan, maka tiada
Syah Alam keluar dari istana?" Maka sabda Sultan Iskandar Zulkarnain,
"Bahawa percintaanku ini kerana kerajaan dunia ini tiada berapa lamanya
dan tiada kekal lagi akan hilang jua dia, tiada dapat tiada memberi susah
segala manusia jua adanya. Maka daripada pekerjaan yang sia-sia inilah yang
kupercintakan."Maka sembah Jalinus Hakim, "Sebenarnyalah seperti
bicara Syah Alam itu, bahawasanya dunia ini tiada berapa kerajaannya lagi tiada
kekal, menyusah besar,lagi tiada kesudahan kerajaannya. Maka adalah kerajaan
akhirat itu mengikut 30 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 13, 2005 kerajaan dunia
jua. Jikalau dikerjakan kerajaan dunia itu dengan sebenarnya, nescaya
diperolehilah kerajaan akhirat yang kekal lagi tiada terkira-kira kemuliaannya."
Demi didengar Zulkarnain sembah Jalinus Hakim demikian itu, maka ia pun sukacita.
Nasihat: Sayugianya bagi segala hamba Allah yang mengerjakan segala pekerjaan
dalam dunia kerana akhirat.
(Bustanus Salatin, MS UM41, halaman 617-618)
Salah seorang raja yang masyhur dalam cerita-cerita kerohanian Islam ialah
Ibrahim ibn Adham, iaitu seorang legenda Sufi yang dikaitkan sebagai pemerintah
kerajaan di Balkh (m.d. 778 M) yang turun takhta dan mengembara secara fakir.
Kisah Ibrahim ibn Adham tersebar luas dalam kesusasteraan Islam melalui sebuah
cerita berjudul Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham. 8 Di samping hikayat yang
panjang tersebut, kisah perjalanan kerohanian Ibrahim ibn Adham turut muncul
dalam pelbagai versi anekdot yang lebih pendek. Salah sebuah anekdot yang
terkenal tentangnya telah dipetik oleh Nuruddin al-Raniri seperti berikut:
Sekali persetua, pada suatu hari, ada hamba serta Ibrahim ibn Adham
berjalan, maka sampai kami kepada kubur. Maka Ibrahim ibn Adham pun berhenti di
sisi kubur itu. Maka katanya, "Rahmat Allah taala atas isi kubur
ini," lalu menangis. Maka kata hamba akan dia, "Ya tuan hamba, kubur
siapa ini?" Maka sahut Ibrahim ibn Adham akan hamba, "Inilah kubur raja
yang empunya negeri ini. Adalah ia sangat mengaramkan dirinya dalam laut dunia
ini umpama ombak mengalun ia atas segala rakyatnya, dan cenderung kepada dunia.
Maka datang kepadanya nugerah Allah taala serta diluputkan-Nya ia daripada laut
yang maha dalam kepada anak yang sejahtera.Maka pada suatu hari ada ia
bersekalian dengan permain serta dengan segala hulubalangnya, maka ia pun
tidurlah, lalu ia bermimpi datang kepada seorang laki-laki pada sisi kepalanya.
Maka diucapkannya suatu sahifah tersurat dalamnya dengan air emas demikian
bunyinya: Jangan kaupilih yang fana daripada yang baqa, dan jangan engkau
maghrur dengan kerajaanmu dan kebesaranmu dan kemuliaanmu, bahawasanya yang ada
dalam kerajaanmu itu terlalu baik jikalau tiada akan berpindah dan lenyap dan
binasa, dan terlalu baik sentosamu dan sukacitamu jika tiada ia seperti
bermain-main jua adanya. Maka segeralah engkau mengerjakan segala yang
dititahkan Allah taala...Maka tatkala sudah dibacakan sahifah itu, terlalu
terkejutlah ia daripada tidurnya dan sangatlah percintaannya serta katanya,
tanbih dan pengajar daripada Allah taala' . Maka ditinggalkannyalah kerajaan
lalu ia berjalan pada segala bukit berbuat ibadat akan Allah taala. 8 Rujuk
kajian terhadap Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham oleh Jones (1983).
BUSTAN AL-SALATIN Mutiara Kesufian / 31
[Nasihat]: Sayugianya bagi segala ghafil [ghaflah/lupa] yang tidur lalai,
hendaklah
ia jaga daripada tidurnya dan daripada lalainya itu.(Bustan al-Salatin, MS
UM41, halaman 593-594)Cerita-cerita yang berkaitan dengan alam kerohanian
seringkali dipenuhi dengan unsur-unsur yang luar biasa dan bernada
perlambangan. Pemahaman terhadap cerita tersebut memerlukan daya taakulan yang
lebih mendalam daripada para pembaca, memikir bukan hanya dengan deria akal, sebaliknya
melalui mutiara hati nurani yang suci. Dapat diandaikan, melalui cerita-cerita
kerohanian ini, Nuruddin al-Raniri berhasrat untuk mendorong raja-raja
berfikir/bertafakur secara mendalam tentang kebesaran Allah SWT, meninggalkan
sejenak takhta kebesaran kerajaan, sebaliknya turun memencilkan diri, bertapa
dan mengamalkan riadah kerohanian. Sebagai contoh dapat dilihat dalam cerita
Ibrahim ibn Adham yang bertemu dengan seorang syeikh yang boleh menghadirkan
hidangan makanan secara memohon doa. Petikan ceritanya adalah seperti berikut
(Bustan al-Salatin, MS UM 41: halaman 581-582):
Maka ia (syeikh) pun sembahyang dua rakaat dengan segeranya serta kata ia
akan
hamba, "Berdiri sembahyanglah tuan hamba seperti sembahyang hamba
ini." Maka
hamba pun sembahyanglah. Maka tatkala hamba memberi salam, maka hamba lihat
pada pihak kanan hamba terhantar makanan dan air yang sejuk. Maka kata
syeikh
itu akan hamba, "Hai anak Adham, makanlah oleh tuan hamba daripada
anugerah
Allah dan mengucap syukurlah tuan hamba akan Dia pada anugerah-Nya
ini." Maka hamba pun makanlah makanan itu sekenyang-kenyang hamba lagi ada
jua makanan itu seperti halnya tiada berkurang. Dan hamba minum air itu serta
hamba mengucap syukur akan Allah taala. Maka kata syeikh akan hamba, "Hai
Ibrahim, bicarakanlah oleh tuan hamba dengan bicara yang sempurna dan jangan
tuan hamba bersegera pada barang pekerjaan tuan hamba kerana bersegera itu
daripada perbuatan syaitan jua. Ketahui oleh tuan hamba bahawa Allah taala
apabila dikehendaeki-Nya akan hamba-Nya dengan kebajikan maka dipilih-Nya akan
dia berbuat ibadat akan Dia, dijadikan-Nya dalam hati hamba-Nya itu suatu
pelita daripada cahaya kesucian..." (ii). Daripada Taman Ghairah kepada
Taman Jannah
Antara keseluruhan bab dan fasal yang terdapat dalam Bustan al-Salatin,
Fasal ke-12 dan Fasal ke-13 daripada Bab II memperlihatkan perbezaan yang
ketara daripada segi isi dan penggunaan bahasanya. Kedua-dua fasal ini khusus
membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan Melayu. Fasal ke-12
menceritakan sejarah asal-usul dan jurai keturunan raja-raja Melaka yang
dipetik oleh Nuruddin al-Raniri daripada Sulalatus Salatin. Fasal ke-13 pula
menceritakan sejarah awal raja-raja Aceh yang tiada dinyatakan sumber
rujukannya termasuk beberapa peristiwa semasa yang berlaku dalam zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Safiatuddin Tajul Alam.
Penceritaan dalam Fasal ke-13 diwarnai pula dengan perlukisan sebuah taman yang
indah dikenali sebagai "Taman Ghairah".32 / Jurnal Filologi Melayu,
Jilid 13, 2005 Menurut Nuruddin al-Raniri, dalam masa pemerintahan Sultan
Iskandar Thani, telah dibina sebuah taman yang sangat indah bernama "Taman
Ghairah". Dalam menggambarkan keindahan taman tersebut, pengarang tidak
menukilkannya secara mudah, sebaliknya mengolah dalam gaya bahasa yang tinggi
nilai estetiknya. Bahagian perlukisan taman itu dengan ketara sekali
memperlihatkan kemahiran pengarangnya dalam menggunakan bahasa Melayu yang
indah berseni dan kaya perbendaharaan
katanya. Unsur-unsur "keghairahan" yang terdapat di dalam taman
itu diperhalusi pula dengan gambaran suasana dan lambang-lambang kesufian yang
asyik pada penghayatan para pembaca. Keunikan olahan bahasa dan perlambangan
"Taman Ghairah" telah menimbulkan pelbagai tanggapan daripada para
sarjana sehingga ada yang mendakwa bahawa bahagian tersebut bukan hasil
penulisan Nuruddin al-Raniri. 9 Walau bagaimanapun, penulis berpandangan bahawa
perlukisan "Taman Ghairah" dalam Bustan al-Salatin adalah lahir
daripada pena Nuruddin al-Raniri yang asal. Pandangan ini adalah berasaskan
dapatan penulis tentang sumber rujukan yang besar kemungkinan telah digunakan
oleh Nuruddin al-Raniri dalam mengarang keindahan taman tersebut, yakni, daripada
Hikayat Indraputra.' Sebagaimana sedia diketahui, pada masa Nuruddin al- Raniri
menulis Bustan al-Salatin, Hikayat Indraputra sudah pun popular di Aceh. Malahan,
kita juga sedia mengetahui bahawa Nuruddin al-Raniri ada membaca Hikayat Indraputra
seperti yang tercatat dalam Sirat al-Mustaqim." Penelitian penulis mendapati
sekurang-kurangnya sepuluh keterangan tentang keadaan taman dapat ditemui dalam
Hikayat Indraputra.' Malahan, nama "Taman Ghairah" itu sendiri turut tertulis
dalam Hikayat Indraputra (Rujiati Mulyadi, 1983: 79 & 89) seperti berikut:
Maka Indraputra pun heran mendengar nama taman Ghairat itu. Seraya tersenyum
maka Indraputra pun lalulah berjalan ke taman Ghairat diiringkan oleh bidadari
itu. Maka dilihat oleh Indraputra taman Ghairat itu pagar jala-jalanya daripada
tembaga suasa dan pintunya daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu
manikam. Maka Indraputra pun lalulah masuk ke dalam taman itu. Maka Raja Dewa
Lela Mengerna dan Indraputra dengan Nabat Rum Syah duduk di taman Ghairat
berjaga-jaga, makan minum dengan segala bunyi-bunyian terlalu ramai. Daripada keterangan
di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa Nuruddin al-Raniri bukanlah orang
pertama yang telah menggunakan nama "Taman Ghairah", sebaliknya nama
tersebut mungkin bersumber daripada pembacaannya terhadap Taman Ghairat
dalam Hikayat Indraputra. Andaian ini disokong pula dengan perbandingan
corak atau 9 Lihat perbincangan tentang hal ini dalam Grinter (1979). 10
Hikayat Indraputra merupakan salah sebuah romans Melayu pengaruh Hindu. (Lih:
Rujiati Mulyadi, 1983) 11 Dalam Sirat al-Mustaqim, Nuruddin al-Raniri ada
mencatatkan seperti berikut: "...harus istinja dengan kitab Taurat dan Injil
yang sudah berubah daripada asalnya, dan demikian lagi harus istinja dengan
kitab yang tiada berguna pada syarak seperti Hikayat Seri Rama dan Indraputra
dan barang sebagainya, jika tiada di dalamnya nama Allah." (rujuk Sirat
al- Mustaqim di pinggir kitab Sabil al-Muhtadin karangan Muhammad Arsyad
al-Banjari, halaman 39). Catatan inimenunjukkan bahawa Nuruddin al-Raniri
pernah membaca Hikayat Indraputra.
12 Lihat Rujiati Mulyadi (1983: 79, 81, 89, 98, 148, 150,160, 176, 180,
186).
BUSTAN AL-SALATIN
Mutiara Kesufian / 33
Gaya penulisan bagi kedua-dua buah teks tersebut yang tidak jauh berbeza.
Banyak
nama tempat yang dinyatakan dalam Bustan al-Salatin turut dapat ditemui
dalam
Hikayat Indraputra. Suatu contoh yang baik terdapat dalam petikan berikut:
Maka pada sama tengah lancang itu diperbuatnya suatu taman dan kolam,
diikat
dengan yakkub yang merah dan pasirnya daripada emas urai dan batunya
daripada
permata dan tanahnya daripada kesturi dan rumputnya daripada kumkum, dan di
hulu air itu airnya manis dan kerang-kerangannya daripada mutia dan
permata.
Syandan di hilir air itu airnya manis, kerang-kerangannya tiram dan sinting
siput
dan ganggang dan kerang dan ketam. Lain daripada itu beberapa bagai pula
kerangkerangan.Maka taman itu dibubuhnya pagar jala-jala daripada perak dan
pintunya daripada emas terlalu indah-indah perbuatannya.
Syandan pada tepi kolam itu diaturnya jambangan, ada jambangan emas, ada
jambangan perak, ada jambangan tembaga suasa. Maka pada jambangan emas itu
ditanaminya cempaka hijau, dan pada jambangan perak itu ditanaminya bunga
air
mawar, dan pada jambangan tembaga suasa itu ditanaminya bunga melur susun
dan bunga seroja dan bunga seganda.Syandan bagai-bagai bunga yang pada
tanamnya ada bunga pekan, ada bunga gambir, ada bunga anggrek, sekalian dengan
jambangan bagai-bagai dan beberapa pula kolam dalam tamanitu. Ada yang dengan
kaca merah, ada yang diikat dengan kaca ungu, ada yang diikat dengan kaca
hijau. Syandan bau airnya seperti air mawar.
Maka pada sama tengah kolam itu diperbuatnya suatu balai gading
bersendi-sendi
dengan emas, terlalu indah-indah perbuatannya balai itu. Syandan di hadapan
balai
itu ditanamnya sepohon kayu, batangnya daripada emas, daunnya daripada
zamrut
dan buahnya daripa manikam yang merah, dan di atas pucuk kayu itu
ditaruhnya
seekor burung pungguk, dan di bawah kayu itu ada seekor merak terlalu
indah-indah rupanya.(Hikayat Indraputra: Rujiati Mulyadi, 1983: 176-177)
Dan adalah sama tengah Sungai Darul Isyki itu sebuah pulau bergelar Pulau Marman.
Di kepala pulau itu sebuah batu mengampar, perusahaannya seperti tembus,
bergelar Banar Nila warna.dan adalah keliling pulau itu karang berbagai- bagai warna,
bergelar Pancalogam. Di atas pulau itu suatu pasu, iaitu permandian,
bergelar Sangga Mamaq. Dan adalah isinya air mawar yang amat merbak baunya
Dan ada di sisi kolam terlalu luasnya bergelar Cindur Hati. Maka adalah
dalam
kolam itu pelbagai bunga-bungaan, daripada bunga telepok, dan jengkeleni,
dan
teratai, dan seroja, dan bunga iram-iram, dan bunga tunjung. Dan ada dalam kolam
itu beberapa ikan, warnanya seperti emas. Dan pada sama tengah kolam itu sebuah
pulau, diturapinya dengan batu putih, bergelar Pulau Sangga Sembega. Dan di
atasnya suatu batu mengampar seperti singgahsana rupanya Dan di hadapan gedung
itu sebuah balai gading, tempat kenduri baginda. Dan disisi balai itu beberapa
pohon pisang, daripada pisang emas dan pisang suasa. Dan 34 / Jurnal Filologi
Melayu, Jilid 13, 2005 ada di sisi gunung tepi sungai itu suatu peterana batu
berukir, bergelar Kembang Lela Mashadi, dan arch ke hulunya suatu peterana batu
warna nilam, bergelar Kembang Seroja Berkerawang. Dan di halaman gunung itu
pasirnya daripada batu nilam dan ada sebuah balai keemasan perbuatan orang atas
angin, dan di sisinya ada sebuah rumah merpati. Syandan adalah segala merpati
itu pandai menari, bergelar Pedikiran Leka.
(Bustan al-Salatin MS Raffles Malay 8: 248-250)
Berasaskan perbandingan di atas, penulis merumuskan bahawa perlukisan
"Taman
Ghairah" dalam Bustan al-Salatin adalah suatu olahan semula oleh
Nuruddin al-Raniri tentang gambaran taman yang terdapat dalam Hikayat
Indraputra. Tujuan penulisannya adalah ketara ditujukan untuk mempermuliakan
Sultan Iskandar Thani. Barangkali dengan perlukisan taman yang indah tersebut
akan dapat mengangkat martabat sultan yang sedang memerintah kerajaan Aceh
ketika itu. Kebesaran Sultan Iskandar Thani diangkat melalui sifat ketakwaan,
kesalihan dan amalan kerohaniannya. Dalam konteks ini, hal yang cukup penting
diberi perhatian tentang bagaimana sebuah taman "ghairah" yang
bernafas kehinduan dalam Hikayat Indraputra telah disucikan dalam nada kesufian
oleh Nuruddin al-Raniri hingga mendekati perlukisan taman di syurga. Secara tersiratnya,
perkara ini dapat dimaknakan seolah-olah Nuruddin al-Raniri menasihati raja-raja
agar menjadikan kawasan istana sebagai taman syurga. Sebagai taman syurga,
perlukisan kawasan istana ditiupi dengan udara persekitaran yang sakral, suci dan
rohaniah. Digambarkan bahawa taman tersebut luasnya seribu depa yang
dilingkungi dengan tembok batu. Di tengah-tengah taman mengalir sungai Dar
al-Ishqi (Daerah Cinta) yang berpunca daripada gunung Jabal al-A'la. Kedua-dua tebing
Dar al-Ishqi itu diturap pula dengan batu pancawarna bergelar Tebing Tangga Saffa.
Pada bahagian kanan sungai itu terdapat sebuah medan yang luas bergelar Medan Khairani.
Pada sama tengah medan itu dibina pula sebuah gunungan tempat raja bersemayam
bernama Gegunungan Menara Permata yang diperbuat daripada batu. Didalam
gunungan tersebut terdapat sebuah gua yang pintunya daripada perak.Di sisi bahagian
gunungan itu terdapat kandang (makam) diraja. Kawasan taman diperindahkan lagi
dengan sebuah kolam besar bernama Kolam Jentera Hati. Di
kawasan itu juga dibina balai-balai istirahat dan sebuah masjid yang indah
bernama
Ishqi Mushahadah. Kalau dalam Bab IV raja-raja disarankan supaya
mengamalkan
hidup bertapa, maka dalam perlukisan "Taman Ghairah" ada
disebutkan Gegunungan Menara Permata tempat raja semayam, gegunungan yang tidak
begitu besar, yang sebenarnya menjadi tempat raja berkhalwat dan bertapa. Ada
kemungkinan sebuah "taman" yang indah pernah wujud di persekitaran
istana
Aceh masa silam. Kesan kewujudan taman tersebut masih dapat disaksikan lagi
hingga ke hari ini. Apakah taman tersebut benar-benar dinamakan sebagai
"Taman Ghairah"merupakan satu persoalan yang sukar diberikan jawapan
yang tepat. Dalam Hikayat Aceh atau Adat Aceh tidak pernah tercatat nama
"Taman Ghairah"." Ada kemungkinan,13 Kunjungan penulis ke Banda
Aceh mendapati beberapa kesan peninggalan taman diraja Aceh masa silam masih
terpelihara
dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Aceh, taman-taman yang
masih wujud itu lebih dikenali sebagai "Taman Sari".
BUSTAN AL-SALATIN Mutiara Kesufian / 35
Nuruddin al-Raniri, melalui daya imaginasinya dan keperluan untuk
menyanjung
penaungnya yang salih, telah memperindahkan gambaran sebuah taman di
persekitaran istana Aceh dengan unsur-unsur alam kerohanian, dan diberi nama
sebagai "Taman Ghairah" berdasarkan ilham nama taman yang terdapat
dalam Hikayat Indraputra. Suasana keindahan taman dibungai dan diharumi pula
dengan pelbagai jenis bunga dan pokok buah-buahan yang masak ranum, menambahkan
ketenangan dan kekusyukan hati para penghuninya, semakin menghampiri suasana
gambaran di Taman Jannah. (iii). Daripada Zillullah fil Alam kepada Zikrullah
al-A/la Bustan al-Salatin ditulis khusus oleh Nuruddin al-Raniri atas
permintaan penaungnya, Sultan Iskandar Thani, yang digelarnya sebagai Sultan
Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah Johan Berdaulat zillullah fil alam
(bayangan Tuhan di bumi). Idea tentang raja sebagai "bayangan Tuhan di
dunia" telah tersebar ke Alam Melayu melalui beberapa buah karya
ketatanegaraan Melayu menerusi kata-kata zillullah fil alam ataupun zillullah
fil ardh. Di dalam Taj al-Salatin terdapat ayat seperti berikut (Khalid M.Hussain,
1992: 57): "Bermula segala raja-raja itu daripada perinya ini dikatakan zillullah
fil ardh bahawa bayangan Allah di bumi". Hal ini menunjukkan bagaimana idea
tentang keagungan dan ketinggian martabat raja-raja sebagai bayangan Tuhan didunia
yang hidup dalam tradisi Parsi telah diamalkan secara terus oleh Nuruddin al-Raniri
terhadap raja-raja Aceh.Penyebaran kata-kata zillullah fil alam yang terdapat
dalam Bustan al-Salatin telah menyebabkan ungkapan tersebut begitu popular
dalam pengetahuan khalayak pembaca. Malahan, sehingga kini, ungkapan tersebut
begitu sinonim dengan raja-raja Melayu,menjadi suatu keistimewaan kepada
keagungan dan kedaulatan raja-raja Melayu.Ungkapan tersebut merupakan salah
satu faktor utama yang mendorong rakyat jelata mematuhi perintah dan memuliakan
kedudukan serta kebesaran golongan raja. Gelaran Sultan Iskandar Thani selaku
zillullah fil alam itu telah pun diungkapkan oleh Nuruddin al-Raniri seawal
bahagian "mukadimah" Bustan al-Salatin sebagai menunjukkan martabat
tinggi sultan yang sedang memerintah Aceh ketika itu.Walau bagaimanapun,
membaca Bustan al-Salatin seterusnya, kita akan dapati bahawa Nuruddin
al-Raniri telah memberi pelbagai syarat kepada raja-raja yang bergelar
zillullah fil alam. Antara syarat yang utama ialah keperluan raja-raja memerintah
dengan adil, bersikap pemurah, berakal dan berilmu pengetahuan. Menurut Nuruddin
al-Raniri, semua perkara ini hanya akan dapat dicapai oleh seorang raja yang beriman
dan beramal salih, sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, mengamalkan syariat
Nabi dan mengerjakan perbuatan kebaikan dalam pemerintahan. Sebahagian daripada
nasihat Nuruddin al-Raniri terdapat dalam petikan-petikan berikut: "Nasihat:
Hai segala raja-raja yang adil, dengarlah hal Amirulmukminin Umar radiallahuanhu,
betapa is merendahkan dirinya daripada melihat kebesaran Allah taala dan
melelahkan dirinya kerana memelihara segala hamba Allah dan meneguhkan syariat
Nabi sallallahu alaihi wassalam" (Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman
315).36 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 13, 2005 Nasihat: Sayugianya bagi
segala raja-raja, jangan ia membesarkan dirinya kerana melihat kekayaan, dan
jangan ia maghrur dengan kekayaannya dunia yang fana ini, lagi jangan ia
mentakburkan dirinya (Bustan al-Salatin, MS Klinkert 14, halaman83).Bagi
Nuruddin al-Raniri, salah satu cara bagaimana raja-raja dapat meningkatkan iman
dan amal salih adalah melalui perdampingan dengan para ulama. Dalam Bustan at-Salatin,
terdapat banyak cerita nasihat yang menunjukkan kisah raja-raja atau pemerintah
yang sentiasa mendapatkan nasihat daripada para ulama, termasuk cerita-cerita yang
berkaitan dengan Khalifah Umar al-Khattab dan Harun al-Rasyid. Salah satu
nasihat Nuruddin al-Raniri kepada raja-raja adalah seperti berikut:
Nasihat: Sayugianya bagi segala raja-raja yang berjinak-jinakan dengan
segala
ulama yang menunjuk jalan akhirat (Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman
369).
Lebih utama daripada menghampiri para ulama, Nuruddin al-Raniri turut
menasihati raja-raja agar sentiasa berkhalwat dan berzikir mengingati Allah
Yang Maha Tinggi, zikrullah al-a'la. Raja yang berzikir menghubungkan hati
dengan Allah akan sentiasa berada dalam rahmat dan hidayat-Nya. Melalui amalan
zikir akan merapuhkan kebanggaan raja selaku zillullah fi alam hingga ke tahap
seorang hamba yang penuh harap. Hanya dengan cara ini akan membawa seorang raja
itu benar-benar mengamalkan ciri-ciri seorang pemerintah yang salih dan
seterusnya mengamalkan prinsip adil dalam segala urusan kerajaannya. Dalam
mengukuhkan nasihatnya, Nuruddin al-Raniri memetik sebuah cerita daripada Imam
al-Ghazzali seperti berikut:
Kata Imam al-Ghazzali radiallahu anhu, bahawa ada seorang raja, pada suatu
hari
pergi ia mengunjung seorang syeikh. Maka sabda raja itu, "Ya tuan
syeikh, barang
jangan kiranya tuan hamba lupakan hamba pada ketika tuan hamba khalwat,
tuan
sebutkan kiranya hamba kepada Allah taala." Maka sahut syeikh.
"Tuanku, diri
hamba lagi tiada hamba sebutkan pada Allah taala, maka betapa menyebutkan
tuan
hamba kepada Allah taala?"Maka sabda raja itu, "Ya tuan syeikh,
apa sebabnya berkata tuan hamba yang demikian?" Maka sahut syeikh,
"Tuanku, apabila hamba menyebut nama Allah taala,maka lupalah hamba akan
diri hamba." Maka berkata pula syeikh, "Jikalau berkehendak tuanku
akan hal yang demikian itu, bahawa janganlah tuanku menyebut nama lain daripada
nama Allah taala."Nasihat: Sayugia bagi segala hamba Allah, hendaklah
diperbuat banyak-banyak
menyebut nama Allah supaya jadi ia daripada orang yang berjinak-jinakan
dengan
Dia.(Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman 611)
BUSTAN AL-SALATIN
Mutiara Kesufian / 37
Kesimpulan, penulisan Bustan al-Salatin dapat dilihat sebagai salah sebuah
sumbangan besar Nuruddin al-Raniri kepada dunia Melayu dalam usaha menghasilkan
sebuah dokumen yang berkaitan dengan sejarah dan tatacara pemerintahan
raja-raja di Alam Melayu.Dalam karya tersebut tergambar pengetahuan luas
Nuruddin al-Raniri tentang tatacara pemerintahan raja-raja yang hidup dalam
tradisi Islam dan juga ciri kesasterawanannya dalam menampilkan cerita-cerita
nasihat kepada raja-raja. Lebih utama daripada itu,karya tersebut turut
memperlihatkan persepsi Nuruddin al-Raniri terhadap ajaran kerohanian kepada
raja-raja, yang dicernakan dalam bentuk amalan yang praktikal untuk dihayati
oleh para pemerintah. Mutiara kesufian dalam karya tersebut tidak ditampilkan
dalam bentuk falsafah yang rumit difahami sebaliknya muncul dalam bentuk
nasihat dan cerita tauladan yang boleh menimbulkan kesan keinsafan dalam penghayatan
pembaca. Kisah hidup para anbia dan aulia pada masa lalu merupakan mutiara
kesufian yang abadi dalam sejarah manusia. Usaha Nuruddin al-Raniri merakam
semula kisah-kisah tersebut dalam Bustan al-Salatin sedikit sebanyak telah
memberi petunjuk kepada raja-raja Aceh tentang pembentukan peribadi raja yang
salih dan beriman selaras dengan kedudukan Aceh sebagai Darussalam. Usaha
tersebut seharusnya turut memberi manfaat kepada raja-raja Melayu secara
keseluruhannya dan kekal berterusan hingga ke hari ini. Bagi raja yang beriman,
mendekatkan diri dengan jalan kesufian, secara langsung akan mendorong rakyat
jelata mengikuti jalan yang sama. Walau bagaimanapun, jalan kesufian bukanlah
satu jalan yang mudah, sebaliknya menuntut tahap kefahaman, kesabaran dan
ketakwaan yang tinggi, apatah lagi kepada golongan raja yang hidup penuh dengan
kekuasaan dan kemewahan. Rumusan akan hal ini dapat diperhatikan melalui
petikan cerita Ibrahim ibn Adham seperti berikut:
Sekali persetua, pada suatu hari bertemu Ibrahim ibn Adham dengan seorang
laki-laki dalam tempat tawaf. Maka kata Ibrahim ibn Adham, "Hai laki-laki,
tiada engkau sampai kepada darjat segala salihin melainkan dengan engkau
perbuat enam
perkara. Pertama-tama menutupkan pintu nikmat dan membukakan pintu kesukaran.
Kedua, menutupkan pintu kemuliaan dan membukakan pintu kehinaan.
Ketiga, menutupkan pintu kesentosaan dan membukakan pintu kedukaan.
Keempat, menutupkan pintu kekayaan dan membukakan pintu kepapaan. Kelima, menutupkan
pintu tidur dan membukakan pintu jaga. Keenam, menutupkan pintu
berlanjut-lanjutan bicara dan membukakan pintu daripada segeranya
maut."
(Bustan al-Salatin, MS UM 41, halaman 584-585)38 / Jurnal Filologi Melayu,
Jilid 13, 2005