Karya
agung merupakan karya yang cukup unik berbanding karya moden. Karya agung banyak mengandungi kisah benar
daripada peristiwa pemimpin atau orang besar pada zaman silam. Selain itu, karya agung juga merupakan
himpunan cerita tentang kehebatan pahlawan, asal usul nama sesebuah tempat dan
banyak lagi. Karya agung yang sedia ada
ini telah meninggalkan pelbagai impak positif dalam kalangan pembaca seperti kesan
seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang boleh dijadikan panduan dan
nasihat kepada pembaca yang terdiri dalam kalangan generasi muda kini. Setiap karya yang ditulis terutamanya karya agung
memiliki ciri atau sifat yang tersendiri yang membezakan ia dengan karya moden
yang makin banyak masa ini.
Antara ciri yang lazimnya dapat dilihat dalam karya agung ialah penggunaan perbendaharaan kata yang
sangat menarik. hal ini dapat dilihat apabila penulis atau penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan
perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah
atau versi barunya telah ditulis oleh orang lain, namun penulis masih mengekalkan
perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal. Sebagai contohdalam karya agung Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli kuno
masih dapat dilihat berdasarkan perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan sebagainya. Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan memasukkan beberapa perkataan
bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat
dalam Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat dengan unsur agama, moral
dan pedagogi. Seperti yang kita sedia
maklum, masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada
orang lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara
bertulis melalui karya agung. Melalui
karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan
nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus
Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu
terdahulu. Pengajaran yang dapat
disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin menjadi pemimpin
hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga
hendaklah akur dengan perintah raja. Hal
ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja, negara
kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai.
0 comments:
Post a Comment